Refund Policy

Return & No Refund Policy

Terima kasih kerana membeli produk daripada Wasza Edukids.

Sila baca polisi ini dengan teliti sebelum membuat pembelian. Dengan membuat pembayaran, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Polisi Tiada Refund ini.


1. Produk Digital

Semua produk yang dijual oleh Wasza Edukids merupakan produk digital seperti worksheet, printable, template, fail digital, permainan pendidikan, generator, dan bahan pembelajaran lain.

Tiada produk fizikal akan dihantar.

Selepas pembayaran berjaya, pelanggan akan diberikan akses ke Member Area Wasza Edukids, di mana semua bahan boleh diakses atau dimuat turun mengikut pakej yang dibeli.


2. Polisi Tiada Refund

SEMUA PEMBELIAN ADALAH MUKTAMAD (FINAL).

Oleh kerana produk yang dijual adalah produk digital dan akses telah diberikan sebaik sahaja pembayaran berjaya disahkan, TIADA REFUND atau PULANGAN WANG akan diberikan selepas akses Member Area diberikan.

Polisi ini terpakai kepada semua pembelian yang dibuat:

  • Melalui laman web rasmi Wasza Edukids.
  • Melalui ejen atau reseller Wasza Edukids yang sah.
  • Melalui mana-mana saluran jualan rasmi Wasza Edukids.

Walau di mana pembelian dibuat, polisi Tiada Refund adalah sama dan terpakai kepada semua pelanggan.


3. Akses Produk

Produk utama yang dibeli oleh pelanggan ialah akses ke Member Area Wasza Edukids.

Semua koleksi bahan, fail dan kandungan disediakan melalui Member Area.

Telegram Group, WhatsApp Group atau mana-mana komuniti Wasza Edukids hanyalah platform tambahan untuk:

  • Perkongsian tips pemasaran.
  • Panduan menjual produk.
  • Perkongsian idea dan maklumat.
  • Bantuan umum kepada ahli.

Platform tersebut bukan sebahagian daripada produk utama dan tidak menentukan akses kepada bahan yang dibeli.

Sekiranya pelanggan masih boleh mengakses Member Area, akses produk dianggap telah berjaya diberikan.


4. Polisi Sokongan

Sekiranya pelanggan menghadapi masalah teknikal seperti:

  • Tidak dapat log masuk ke Member Area.
  • Lupa kata laluan.
  • Gagal mengakses akaun selepas pembelian.

Pihak Wasza Edukids akan memberikan bantuan untuk memulihkan akses tersebut.

Walau bagaimanapun, masalah teknikal yang berjaya diselesaikan tidak melayakkan pelanggan menerima refund.


5. Permintaan Refund Tidak Akan Dipertimbangkan

Permintaan refund tidak akan diproses atas sebab-sebab berikut:

  • Berubah fikiran selepas membuat pembelian.
  • Tidak lagi berminat menggunakan produk.
  • Tidak sempat menggunakan produk.
  • Tidak memahami kandungan sebelum membeli.
  • Tidak menyertai atau aktif dalam Telegram/WhatsApp Group.
  • Tidak berpuas hati dengan strategi pemasaran atau hasil jualan.
  • Tidak berjaya menjual produk.
  • Sebahagian atau semua bahan telah dimuat turun atau diakses melalui Member Area.

6. Persetujuan Pelanggan

Dengan membuat pembelian daripada Wasza Edukids, pelanggan mengakui bahawa:

  • Produk yang dibeli ialah produk digital.
  • Akses diberikan secara elektronik selepas pembayaran berjaya.
  • Semua pembelian adalah muktamad.
  • Polisi TIADA REFUND / TIADA PULANGAN WANG terpakai selepas akses Member Area diberikan.

7. Hubungi Kami

Jika anda menghadapi sebarang masalah berkaitan akses akaun atau Member Area, sila hubungi pasukan sokongan Wasza Edukids.

Kami akan membantu menyelesaikan masalah akses secepat mungkin, namun permintaan refund tidak akan diproses selagi akses Member Area telah diberikan mengikut pembelian yang dibuat.

Scroll to Top