Lembaran Kerja Prasekolah Aktiviti Aidiladha

Cuti Hari Raya Aidiladha dah hampir tiba! Dalam masa yang sama, ramai ibu bapa mula risau melihat anak-anak asyik lekat dengan gajet, telefon pintar atau tablet. Jom kita alihkan perhatian mereka dengan aktiviti hands-on yang seronok, kreatif dan penuh pengisian bermakna!

Jika anda sedang mencari aktiviti prasekolah dan tahap 1 sekolah rendah bertemakan Aidiladha, anda berada di tempat yang tepat. Wasza Edukids memperkenalkan:

🎁 Siri Aktiviti Bertema: Selamat Hari Raya Aidiladha (PDF Digital)

Modul ini direka khas untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun (Prasekolah & Sekolah Rendah Tahap 1). Konsep belajar sambil bermain diaplikasikan dalam setiap halaman supaya anak tidak mudah bosan, dan anda sebagai ibu bapa atau guru boleh mendidik dengan lebih santai.


🧩 Apa yang Menarik dalam Modul Ini?

AktivitiUmurKemahiran
🎨 Mewarna Kreatif – Poster Aidiladha & Ucapan Raya4-5 tahunMotor halus, kreativiti
🔤 Padan Perkataan & Gambar (pisau, lembu, daging, masjid)6-7 tahunKosa kata, literasi awal
🔍 Cari Objek Tersembunyi – Bantu Jamil6-7 tahunFokus, perhatian
🌀 Permainan Labirin / Maze – Cari lembu Rayyan & Siti6-7 tahunLogik, penyelesaian masalah
✍️ Menulis & Membaca – Teks ringkas ibadah korban7-8 tahunTulisan tangan, kefahaman bacaan
✂️ Kraf Sampul Duit Raya DIY + Pantun Raya7-8 tahunGunting, lipat, kreativiti

✅ Semua aktiviti berasaskan tema Aidiladha dan sunnah ibadah korban, sekali gus mendidik anak secara tidak langsung tentang nilai agama dan kemasyarakatan.


📋 Spesifikasi Produk

  • Format fail: PDF (muat turun digital)
  • Cetakan: Ready-to-print (hitam putih & mesra pencetak)
  • Cetak berulang kali: Ya – sesuai untuk anak di rumah atau murid di dalam kelas
  • Bahasa: Melayu (suitable for Malaysian preschool & primary school)

🔍 Kenapa Pilih Lembaran Kerja Digital PDF Ini?

  1. Jimat masa – Tak perlu mereka aktiviti dari awal.
  2. Jimat wang – Beli sekali, cetak berkali-kali untuk semua adik-beradik.
  3. Anak kurang gajet – Alih tumpuan kepada aktiviti fizikal & kreatif.
  4. Nilai ibadah – Anak belajar erti korban, lembu/kambing, dan berkongsi rezeki.
  5. Fleksibel – Boleh guna di rumah, taska, tadika, atau kelas KAFA.

Aktiviti ini ada dalam bundle Wasza Edukids!

Scroll to Top