Lesen PLR/MRR

Hak yang Anda Terima dengan PLR Ini:

Lesen ini khas untuk pembeli Wasza Edukids

  1. Edit & Ubah Suai:
    • Anda dibenarkan untuk mengedit, mengubahsuai reka bentuk, atau menambah elemen baharu pada produk ini.
    • Contoh: Tukar warna, tambah logo peribadi, atau ubah teks.
  2. Penjenamaan Peribadi:
    • Anda boleh menjenamakan semula produk ini sebagai milik anda, termasuk menambah logo atau nama perniagaan.
  3. Penjualan Komersial:
    • Anda dibenarkan menjual semula produk ini sebagai:
      • Digital download di platform seperti Etsy, Shopee, atau laman web peribadi.
      • Produk cetakan (print-on-demand) seperti melalui Amazon KDP.
  4. Bundle & Pakej:
    • Anda boleh menawarkan produk ini sebagai sebahagian daripada bundle atau pakej lain untuk meningkatkan nilai jualan.
  5. Penggunaan Komersial atau Peribadi:
    • Gunakan produk ini untuk kegunaan peribadi atau sebagai bahan untuk perniagaan, seperti kelas pendidikan atau homeschooling.

Apa yang Anda Tidak Dibenarkan untuk Lakukan:

  1. Pemberian Percuma:
    • Anda tidak boleh memberi produk ini secara percuma dalam bentuk asalnya, termasuk sebagai freebie, gift, atau bahan promosi.
  2. Penjualan Hak PLR:
    • Anda tidak boleh menjual hak PLR kepada pembeli lain. Lesen ini hanya memberi hak kepada anda untuk menjual produk akhir kepada pelanggan.
  3. Pengedaran Percuma atau Tidak Terkawal:
    • Anda tidak boleh memuat naik produk ini di platform percuma seperti Google Drive, Telegram, atau laman perkongsian fail lain untuk diakses secara terbuka.
  4. Tuntutan Karya Asal:
    • Anda tidak boleh mendakwa produk ini sebagai ciptaan asal anda tanpa sebarang pengubahsuaian. Paling kurang ubah image promosi sahaja.
  5. Penggunaan Melanggar Undang-undang:
    • Produk ini tidak boleh digunakan untuk aktiviti yang melanggar undang-undang atau mencetuskan kandungan yang tidak bermoral.

Nota Penting:

  • Anda bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan terhadap syarat ini apabila menjual atau menggunakan produk ini.
  • Sebarang pelanggaran lesen ini boleh menyebabkan tindakan undang-undang atau penarikan semula lesen.

Contoh Situasi Penggunaan:

  1. Dibenarkan:
    • Anda membeli EduKids Bundle dan mengedit reka bentuk worksheet dengan logo perniagaan anda. Anda kemudian menjualnya di Shopee dengan harga RM50.
    • Anda menambah grafik baharu pada coloring book dan menjualnya di Amazon KDP sebagai buku cetakan.
  2. Tidak Dibenarkan:
    • Anda menjual produk ini kepada pelanggan lain dalam bentuk asalnya tanpa sebarang pengubahsuaian di gambar promosi.
    • Anda memuat naik fail bundle ini ke Telegram dan membenarkan orang ramai memuat turunnya secara percuma.

📘 APA ITU MRR (Master Resell Rights)?

MRR ialah singkatan kepada Master Resell Rights, iaitu lesen yang membolehkan anda menjual semula produk digital, tetapi dengan syarat tertentu. Ini maksudnya:


✅ APA YANG ANDA BOLEH BUAT DENGAN MRR?

  1. Anda boleh jual semula produk ini apa adanya.
    Contoh: Anda boleh jual semula bundle Wasza Edukids ini seperti asal, tanpa sebarang perubahan pada kandungan atau reka bentuk.
  2. Anda boleh berikan hak jual semula kepada pembeli anda.
    Contoh: Pembeli anda juga dibenarkan menjual semula bundle Wasza Edukids yang sama, dalam bentuk asal seperti yang anda terima.

❌ APA YANG TIDAK DIBENARKAN DENGAN MRR?

  1. Tak boleh edit, ubah, atau tukar kandungan.
    ➤ Ini termasuk tukar teks, gambar, reka bentuk, atau branding asal.
  2. Tak boleh claim sebagai produk anda sendiri (personal brand).
    ➤ Anda hanya edarkan seperti yang anda terima dari developer asal.

📝 BEZA DENGAN PLR (Private Label Rights):

  • Kalau anda ada PLR, barulah anda boleh edit dan rebrand.
  • Contoh: Tukar tajuk worksheet, reka semula, tambah logo, buat versi BM penuh, dan jual sebagai produk anda sendiri.

✨ RINGKASNYA:

  • MRR = Boleh jual semula, tak boleh ubah. Untuk Jualan Bundle Wasza Edukids
  • PLR = Boleh ubah, branding, dan jual ikut gaya anda. – Untuk Jualan Worksheet secara loose

Penafian (Disclaimer):

Produk ini disediakan “sebagaimana adanya” dan pembeli bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengubahsuaian serta penggunaan produk ini.

Scroll to Top