
Cuti Hari Raya Aidiladha dah hampir tiba! Dalam masa yang sama, ramai ibu bapa mula risau melihat anak-anak asyik lekat dengan gajet, telefon pintar atau tablet. Jom kita alihkan perhatian mereka dengan aktiviti hands-on yang seronok, kreatif dan penuh pengisian bermakna!
Jika anda sedang mencari aktiviti prasekolah dan tahap 1 sekolah rendah bertemakan Aidiladha, anda berada di tempat yang tepat. Wasza Edukids memperkenalkan:
🎁 Siri Aktiviti Bertema: Selamat Hari Raya Aidiladha (PDF Digital)
Modul ini direka khas untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun (Prasekolah & Sekolah Rendah Tahap 1). Konsep belajar sambil bermain diaplikasikan dalam setiap halaman supaya anak tidak mudah bosan, dan anda sebagai ibu bapa atau guru boleh mendidik dengan lebih santai.
🧩 Apa yang Menarik dalam Modul Ini?
| Aktiviti | Umur | Kemahiran |
|---|---|---|
| 🎨 Mewarna Kreatif – Poster Aidiladha & Ucapan Raya | 4-5 tahun | Motor halus, kreativiti |
| 🔤 Padan Perkataan & Gambar (pisau, lembu, daging, masjid) | 6-7 tahun | Kosa kata, literasi awal |
| 🔍 Cari Objek Tersembunyi – Bantu Jamil | 6-7 tahun | Fokus, perhatian |
| 🌀 Permainan Labirin / Maze – Cari lembu Rayyan & Siti | 6-7 tahun | Logik, penyelesaian masalah |
| ✍️ Menulis & Membaca – Teks ringkas ibadah korban | 7-8 tahun | Tulisan tangan, kefahaman bacaan |
| ✂️ Kraf Sampul Duit Raya DIY + Pantun Raya | 7-8 tahun | Gunting, lipat, kreativiti |
✅ Semua aktiviti berasaskan tema Aidiladha dan sunnah ibadah korban, sekali gus mendidik anak secara tidak langsung tentang nilai agama dan kemasyarakatan.
📋 Spesifikasi Produk
- Format fail: PDF (muat turun digital)
- Cetakan: Ready-to-print (hitam putih & mesra pencetak)
- Cetak berulang kali: Ya – sesuai untuk anak di rumah atau murid di dalam kelas
- Bahasa: Melayu (suitable for Malaysian preschool & primary school)
🔍 Kenapa Pilih Lembaran Kerja Digital PDF Ini?
- Jimat masa – Tak perlu mereka aktiviti dari awal.
- Jimat wang – Beli sekali, cetak berkali-kali untuk semua adik-beradik.
- Anak kurang gajet – Alih tumpuan kepada aktiviti fizikal & kreatif.
- Nilai ibadah – Anak belajar erti korban, lembu/kambing, dan berkongsi rezeki.
- Fleksibel – Boleh guna di rumah, taska, tadika, atau kelas KAFA.
