Worksheet digital semakin menjadi pilihan utama ibu bapa, guru dan pengusaha pusat tuisyen kerana lebih mudah, lebih jimat dan boleh diguna berulang kali. Di Wasza Edukids, semua worksheet direka khas mengikut tahap umur, menarik dan mudah digunakan sama ada dicetak atau digunakan terus dalam tablet/telefon.
Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap cara guna worksheet Wasza Edukids, langkah demi langkah.
🔵 1. Log Masuk ke Member Page Wasza Edukids
Selepas membuat pembelian, anda akan menerima akses ke Member Page Wasza Edukids.
Masukkan password untuk log masuk ke member akses page.
Member Page ini adalah tempat semua bahan disusun dengan kemas mengikut kategori dan subtopik.
🔵 2. Pilih Kategori Worksheet
Dalam dashboard, anda akan jumpa pelbagai kategori seperti:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- English
- Islamic & Adab
- Pra-Tulis
- Kreativiti & Motor Halus
- Coloring Pages
- Aktiviti Awal Prasekolah
Klik kategori yang diperlukan untuk mula explore.
🔵 3. Explore Subfolder & Contoh Worksheet
Setiap kategori dalam Wasza Edukids mempunyai banyak subfolder.
Anda boleh:
- Buka folder satu per satu
- Lihat preview contoh halaman
- Pilih tahap kesukaran yang sesuai
Ini memudahkan anda memilih worksheet yang paling sesuai untuk anak atau pelajar.
🔵 4. Download File PDF
Apabila anda jumpa worksheet yang sesuai, tekan Download untuk menyimpan file PDF ke komputer, telefon atau tablet.
Semua file Wasza Edukids adalah format PDF berkualiti tinggi dan ready-to-print.
🔵 5. Cara Print Worksheet
Anda boleh print dengan dua cara:
➡ Print terus dari Google Drive
Klik worksheet → tekan ikon Print.
➡ Print selepas download
Buka file PDF → tekan Print → pilih printer rumah atau printer kedai.
Tip:
Gunakan setting Fit to Page atau A4 untuk hasil paling kemas.
📱 Cara Guna Worksheet Wasza Edukids di Tablet / Telefon (Tanpa Print)
Ramai ibu bapa lebih suka anak menulis terus dalam tablet kerana lebih mudah dan tak perlu print banyak. Di Wasza Edukids, semua worksheet juga sesuai digunakan dalam bentuk digital.
🔵 Apps Yang Disyorkan (Percuma & Mudah)
Untuk Android & iPad:
- GoodNotes (iOS / Android)
- Xodo PDF Reader (Android / iOS)
- Samsung Notes (Samsung)
- iPad Notes (untuk iPad pengguna Apple Pencil)
🔵 Cara Menggunakan Worksheet Secara Digital
1️⃣ Download PDF dari Member Page Wasza Edukids
Buka folder → pilih worksheet → tekan Download.
2️⃣ Buka Aplikasi (GoodNotes / Xodo / Samsung Notes)
Pastikan app telah dipasang terlebih dahulu.
3️⃣ Import Worksheet
Pilih Import / Open File, kemudian pilih file PDF yang telah dimuat turun.
4️⃣ Anak Boleh Mula Menulis Terus
Dalam aplikasi, anak boleh:
- Menulis guna stylus atau jari
- Undo / redo
- Padam kesilapan
- Zoom untuk tulisan lebih kemas
- Buat aktiviti berkali-kali
Semua worksheet Wasza Edukids memang direka sesuai untuk skrin.
5️⃣ Simpan Hasil Kerja
Anda boleh:
- Export sebagai PDF
- Simpan sebagai gambar
- Hantar kepada cikgu
- Simpan rekod perkembangan pembelajaran anak
⭐ Kesimpulan: Worksheet Wasza Edukids Sangat Mudah Digunakan
Sama ada anda seorang ibu bapa, guru, atau tutor, worksheet dari Wasza Edukids memang direka supaya:
✔ Mudah dicetak
✔ Boleh digunakan terus dalam tablet/phone
✔ Sesuai untuk pembelajaran di rumah atau kelas
✔ Jimat masa & lebih interaktif
Dengan akses sekali bayar, anda boleh guna worksheet ini berulang kali untuk pelbagai keperluan.
