TERMA & SYARAT – WASZAEDUKIDS.COM
Kali terakhir dikemas kini: 8 Disember 2025
Sila baca Terma dan Syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan laman web WaszaEdukids.com atau membuat sebarang pembelian. Dengan mengakses laman ini atau membeli mana-mana produk, anda bersetuju untuk terikat dengan terma berikut.
1. Produk Digital
- Semua produk yang dijual adalah dalam bentuk digital.
- Penghantaran dilakukan melalui pautan muat turun atau akses ke portal ahli.
- Tiada penghantaran fizikal disediakan.
2. Lesen Penggunaan (Private Label Rights – PLR / Commercial Use)
Produk dengan label PLR atau Commercial Use membenarkan anda untuk:
- Mengedit produk (warna, teks, susun atur, elemen grafik).
- Menjual semula kepada pelanggan akhir sahaja.
- Menggunakan bahan dalam projek perniagaan, pendidikan atau kelas anda.
Anda TIDAK dibenarkan untuk:
- Menjual atau memindahkan lesen PLR kepada penjual lain.
- Mengedar, berkongsi atau memuat naik fail asal secara percuma.
- Memuat naik produk asal ke marketplace PLR tanpa penjenamaan semula.
- Menyertakan produk ke dalam membership, perpustakaan digital, atau bundle besar tanpa izin bertulis.
- Menggunakan nama atau brand Wasza Edukids sehingga mengelirukan pelanggan.
3. Polisi Marketplace (Shopee, Lazada dan lain-lain)
A. PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN
- Anda TIDAK dibenarkan menjual Pakej Bundle Wasza Edukids di mana-mana marketplace jenis mass-market fizikal seperti:
- Shopee
- Lazada
- Temu
- Mana-mana marketplace yang serupa konsepnya
- Anda TIDAK dibenarkan menjual fail asal, fail master, atau keseluruhan library produk Wasza Edukids di mana-mana platform marketplace
B. PERKARA YANG DIBENARKAN
- MENJUAL PRODUK LOOSE (SATU PRODUK SAHAJA) adalah dibenarkan, dengan syarat:
- Produk wajib diubah suai (warna, teks, design).
- Bukan fail asal.
- Bukan bundle penuh.
- Tidak menyalahgunakan jenama Wasza Edukids.
- Marketplace yang DIBENARKAN untuk produk loose yang diedit:
- Gumroad
- Etsy
- Payhip
- Ko-fi
- Website anda sendiri
- Marketplace mass-market (Shopee/Lazada/TikTok Shop):
➤ DIBENARKAN menjual produk LOSE yang telah diedit,
➤ TIDAK dibenarkan jual bundle, pakej lengkap atau library.
4. Polisi Bayaran
- Semua pembelian adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan.
- Jika berlakunya masalah akses atau fail rosak, anda boleh hubungi kami di waszaedu@gmail.com.
5. Hak Cipta & Harta Intelek
- Semua kandungan, grafik, reka bentuk dan fail adalah hak milik Wasza Edukids atau pembekal yang sah.
- Replikasi, pengedaran atau pengakuan milik tanpa kebenaran adalah dilarang.
- Pelanggaran boleh menyebabkan tindakan undang-undang.
6. Perubahan Terma
Wasza Edukids berhak mengubah, menambah atau meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Pelanggan digalakkan menyemak halaman ini secara berkala.
