Terma dan Syarat

TERMA & SYARAT – WASZAEDUKIDS.COM

Kali terakhir dikemas kini: 8 Disember 2025

Sila baca Terma dan Syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan laman web WaszaEdukids.com atau membuat sebarang pembelian. Dengan mengakses laman ini atau membeli mana-mana produk, anda bersetuju untuk terikat dengan terma berikut.


1. Produk Digital

  1. Semua produk yang dijual adalah dalam bentuk digital.
  2. Penghantaran dilakukan melalui pautan muat turun atau akses ke portal ahli.
  3. Tiada penghantaran fizikal disediakan.

2. Lesen Penggunaan (Private Label Rights – PLR / Commercial Use)

Produk dengan label PLR atau Commercial Use membenarkan anda untuk:

  1. Mengedit produk (warna, teks, susun atur, elemen grafik).
  2. Menjual semula kepada pelanggan akhir sahaja.
  3. Menggunakan bahan dalam projek perniagaan, pendidikan atau kelas anda.

Anda TIDAK dibenarkan untuk:

  1. Menjual atau memindahkan lesen PLR kepada penjual lain.
  2. Mengedar, berkongsi atau memuat naik fail asal secara percuma.
  3. Memuat naik produk asal ke marketplace PLR tanpa penjenamaan semula.
  4. Menyertakan produk ke dalam membership, perpustakaan digital, atau bundle besar tanpa izin bertulis.
  5. Menggunakan nama atau brand Wasza Edukids sehingga mengelirukan pelanggan.

3. Polisi Marketplace (Shopee, Lazada dan lain-lain)

A. PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN

  1. Anda TIDAK dibenarkan menjual Pakej Bundle Wasza Edukids di mana-mana marketplace jenis mass-market fizikal seperti:
    • Shopee
    • Lazada
    • Temu
    • Mana-mana marketplace yang serupa konsepnya
  2. Anda TIDAK dibenarkan menjual fail asal, fail master, atau keseluruhan library produk Wasza Edukids di mana-mana platform marketplace

B. PERKARA YANG DIBENARKAN

  1. MENJUAL PRODUK LOOSE (SATU PRODUK SAHAJA) adalah dibenarkan, dengan syarat:
    • Produk wajib diubah suai (warna, teks, design).
    • Bukan fail asal.
    • Bukan bundle penuh.
    • Tidak menyalahgunakan jenama Wasza Edukids.
  2. Marketplace yang DIBENARKAN untuk produk loose yang diedit:
    • Gumroad
    • Etsy
    • Payhip
    • Ko-fi
    • Website anda sendiri
  3. Marketplace mass-market (Shopee/Lazada/TikTok Shop):
    DIBENARKAN menjual produk LOSE yang telah diedit,
    TIDAK dibenarkan jual bundle, pakej lengkap atau library.

4. Polisi Bayaran

  1. Semua pembelian adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan.
  2. Jika berlakunya masalah akses atau fail rosak, anda boleh hubungi kami di waszaedu@gmail.com.

5. Hak Cipta & Harta Intelek

  1. Semua kandungan, grafik, reka bentuk dan fail adalah hak milik Wasza Edukids atau pembekal yang sah.
  2. Replikasi, pengedaran atau pengakuan milik tanpa kebenaran adalah dilarang.
  3. Pelanggaran boleh menyebabkan tindakan undang-undang.

6. Perubahan Terma

Wasza Edukids berhak mengubah, menambah atau meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Pelanggan digalakkan menyemak halaman ini secara berkala.

Scroll to Top