Panduan Jualan Media Sosial / Web Sendiri

Panduan Lengkap Jual Worksheet Wasza Edukids

Panduan ini untuk anda yang nak jadi reseller atau jual worksheet secara loose. Langkah asas sama sahaja, beza cuma pada link yang diberikan kepada customer.


1️⃣ Untuk Reseller

  • Jual semula bundle Wasza Edukids.
  • Harga jual tidak boleh kurang dari RM37.
  • Semua bahan marketing ada di akses page. Jangan lupa baca Syarat Jualan Reseller di akses page.

Bila Customer Bayar

1️⃣ Dapatkan Link & Password

  • Jika anda beli melalui reseller yang guna ToyyibPay → link & password ada di emel pengesahan ToyyibPay.
  • Jika anda beli terus dari web → link & password ada di emel pengesahan dari admin Wasza melalui OnPay.

2️⃣ Masukkan Dalam Create Bill

  • Copy link & password tersebut.
  • Masukkan semasa anda create bill di ToyyibPay, atau di platform jualan lain yang anda gunakan.

3️⃣ Gunakan Link Yang Anda Dapat

  • Berikan link yang sama kepada customer supaya mereka boleh terus akses worksheet.

4️⃣ Jika Tidak Guna ToyyibPay

Jika anda tidak guna ToyyibPay, boleh beri link terus kepada customer secara manual selepas terima bayaran

  • Hantar melalui emel, atau
  • Hantar melalui WhatsApp.

5️⃣ Jika Customer Tidak Terima Emel Pengesahan

Jika customer tidak terima emel pengesahan toyyibpay, tetapi anda sudah terima payment, beri link akses secara manual melalui:

  • Emel, atau
  • WhatsApp.

Boleh lihat contoh post promosi di FB — > Klik sini

Panduan Jual secara loose: ( Baca panduan di sini –>Klik Sini )

  1. Pilih worksheet daripada edukidV1, edukidV2 atau bonus. Jika anda tak tau nak mula dari mana, mula dengan jual aktiviti MEWARNA. Pilih dari mana mana koleksi mewarna.
  2. MARKET BESAR untuk Worksheet Bahasa Melayu!. Edit Worksheet sedia ada ke dalam Bahasa Melayu, dan jual semula ikut kreativiti anda.
  3. Buat mockup menggunakan template yang dah disediakan.
  4. Setup Toyyibpay jika anda ingin menjual secara automatik, jika tidak, terus promote worksheet anda.
  5. Jika ada customer beli, terus berikan link worksheet anda kepada customer.

Ada 2 cara untuk proses ini 1 secara automatik menggunakan toyyibpay atau secaara manual, menggunakan transfer bank, QR, eWaller, link akan di hantar secara manual juga.

PERINGATAN

Toyyibpay hanyalah salah satu pilihan pembayaran automatik dan tidak WAJIB digunakan. Anda boleh guna alternatif lain seperti pindahan manual, kod QR, atau servis pembayaran lain yang sesuai.

Panduan Setup Payment Channel Menggunakan ToyyibPay

ToyyibPay adalah salah satu platform payment gateway yang popular di Malaysia kerana mudah digunakan dan mempunyai caj transaksi yang rendah. Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk setup saluran pembayaran menggunakan ToyyibPay.



Integrasi dengan Platform Anda

  1. Copy Link Pembayaran
    • Salin pautan pembayaran dari ToyyibPay.
  2. Letakkan di Platform Anda
    • Jika anda menggunakan:
      • Website: Tambahkan pautan pada butang “Beli Sekarang” atau “Bayar.”
      • Beacon.ai : Rujuk sini untuk panduan setup Beacon.ai dan letak di tiktok –> Klik Sini
      • Media Sosial: Letakkan pautan dalam bio atau di posting promosi.
      • WhatsApp: Kongsi pautan terus kepada pelanggan.
  3. Uji Link Pembayaran
    • Pastikan pautan berfungsi dan transaksi berjalan lancar.

Tips Tambahan

  • Beri Panduan kepada Pelanggan: Pastikan pelanggan tahu cara menggunakan pautan pembayaran.
  • Support: Jika ada masalah, anda boleh hubungi khidmat pelanggan ToyyibPay di laman rasmi mereka.

Rekomendasi dari Kami

Jika anda menjual pelbagai worksheet kombo, atau pelbagai PDF, Canva template dan Sebagainya, kami rekomen anda letakkan produk anda itu di dalam Folder di Drive. Dengan itu, anda hanya kongsikan sahaja link folder drive di dalam toyyibpay anda.

Cara ini mudah jika ada penambahan bahan atau ada pembetulan di pdf, anda hanya kemaskini file di dalam folder sahaja tanpa ubah link asal.

Selain dari menggunakan saluran pembayaran online, anda juga boleh menggunakan pembayaran secara manual, iaitu dengan bank transfer, QR atau e Wallet. Tetapi kaedah ini anda perlu membuat delivery produk digital secara manual juga sama ada melalui WA, Telegram atau Emel.

Bebas untuk anda menggunakan kaedah mana yang sesuai dengan anda dalam bisnes produk digital ini.

Aktiviti Harian untuk buat Promosi.

Untuk aktiviti, kita konsisten untuk buat ni setiap hari. 

Story Wasap  – 1x sehari

Facebook Group – 30 group

Facebook Marketplace – 15 iklan

Wasap Group – 100 group

Inshaa Allah 3, 5, 7, 10 unit sebulan atau lebih sangat logik. Buat dengan tak buat je yg membezakan. 

Buat tanpa berharap untuk close, cuma jadikan sebagai rutin untuk tambah income. Usaha tak khianati hasil. Kekal yakin!

Scroll to Top